Saturday 9 March 2013

USAHA TANGGA KEJAYAAN



Assalamualaikum dan selamat sejahtera…

Coretan kedua yang akan saya tulis pada kali ini berkisar tentang saya dan rakan-rakan saya.

Pada hari Isnin yang lalu, saya dan rakan-rakan lain mengadakan kelas Pengajaran,Teknologi dan Penaksiran (KPD) seperti biasa dengan ketiadaan pensyarah. Sebenarnya, kelas pada hari itu telah dibatalkan namun kami tetap juga mengadakan kelas seperti biasa dengan tujuan untuk melakukan persediaan pengajaran mikro sebelum dinilai pada hari yang ditetapkan dengan persetujuan daripada pensyarah kami sendiri. Walau bagaimanapun, hanya seramai 15 orang yang menghadiri kelas tersebut. Kami meneruskan kelas tersebut dengan tujuan asal kami. Setiap seorang daripada kami melakukan pengajaran induksi awal selama lima hingga sepuluh minit seorang secara bergilir-gilir. Selepas itu, kami bersama-sama memberi kritikan dan pandangan serta penambahbaikan terhadap pengajaran kami.

Bagi saya usaha yang kami lakukan ini tidak sia-sia. Walaupun ramai yang beranggapan bahawa latihan untuk pengajaran mikro yang singkat itu boleh dilakukan sendiri namun sekiranya kita melakukan latihan bersama rakan-rakan yang lain penambahbaikan dapat dilakukan. Bukan itu sahaja, kita juga dapat menambahkan keyakinan kita berhadapan dan bercakap di hadapan orang terutamanya seperti saya yang masih kurang berkeyakinan apabila berhadapan dengan orang ramai. Sifat malu itu biarlah bertempat tetapi sekiranya kita hendak mengajar malu hendaklah dibuang ke tepi. Oleh itu, tidak salah sekiranya kita meminta bantuan rakan-rakan lain untuk kita memperbetulkan diri dan menjadi seorang yang lebih baik dengan kritikan yang membina daripada mereka. Saya percaya bahawa usaha lebih maka hasil yang kita dapat juga lebih. Sekiranya saya sentiasa berusaha untuk melakukan perubahan terhadap diri saya, tidak mustahil suatu hari nanti saya akan lebih berkeyakinan terhadap diri saya.

[Terus berubah untuk sesuatu yang lebih baik]

No comments:

Post a Comment