Friday 5 April 2013

Nabi Muhammad SAW atau Nabi Muhammad s.a.w


Assalamualaikum dan selamat sejahtera…

Hari ini saya akan membincangkan ejaan yang betul bagi Nabi Muhammad SAW. Pada hari ini, saya terbaca beberapa majalah yang mengeja Nabi Muhammad SAW dan Nabi Muhammad s.a.w. Hal ini menyebabkan saya dan mungkin pelajar dan juga orang ramai juga terkeliru dengan penggunaan ejaan yang betul sama ada SAW atau s.a.w (sallallahu alahi wassalam).

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaannya ialah SAW iaitu semuanya menggunakan huruf besar tanpa penggunaan titik di antaranya. Menurut Kamus Pelajar pula, ejaannya ialah s.a.w.

Namun ada pendapat yang mengatakan bahawa ejaan sebegini tidak harus ditentukan ejaannya tetapi terpulang kepada penulis sama ada menggunakan SAW atau S.A.W atau s.a.w.

Selain itu, majoroti daripada kita menggunakan “selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW” semasa menulis. Berikut merupakan beberapa contoh yang menggunakan ke atas:

(1) Blog : Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW
(2) Liriik Lagu :                             Selawat dan salam 
      Ke atas junjungan 
Nabi muhammad akhir zaman

Sebenarnya, penggunaan ke atas dalam ayat di atas tidak perlu dimasukkan. Hal ini kerana ke tidak perlu dimasukkan, memadai dengan kata sendi nama atas sahaja yang juga membawa maksud terhadap. Oleh itu, ayat yang betul ialah :

Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW (atau S.A.W atau s.a.w).

No comments:

Post a Comment