Wednesday 6 March 2013

TRAGEDI RIBUT GREG 1966

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Coretan pertama ini saya mulakan dengan sebuah kisah yang mungkin secara tidak langsung boleh menjadi teladan dan pengajaran kepada kita semua. Kisah teladan yang mungkin pada pandangan anda hanya cerita rekaan namun terdapat pengajaran di sebaliknya. Kisah yang terlintas dalam fikiran apabila saya membaca dan mengikuti perkembangan isu-isu pengganas Sulu di Lahad Datu.

Pada cuti semester yang lepas, saya telah pulang ke kampung iaitu Sabah seperti cuti-cuti sebelumnya. Cuti semester pada kali ini walaupun singkat tetapi saya telah menggunakannya dengan sebaik mungkin. Lazimnya, apabila pulang ke kampung saya akan menolong emak saya di gerai makanan keluarga kami setiap hari. Itu adalah pekerjaan tetap saya sejak kecil lagi. Pada suatu hari semasa saya sedang duduk bercerita dengan emak saya di gerai, tiba-tiba saya teringat apa yang telah saya baca dalam facebook lalu bertanya kepada emak saya.

Saya   : Mak, dulu pernah terjadi ribut di Keningaukah?
Emak  : Pernahlah. Ribut tu sangat teruk. Banjir besar sehinggakan banyak rumah yang         musnah.
Saya   : Hari tu, saya ada baca dekat FB pasal banjir nie. Baru pula saya tahu tentang banjir nie.
Emak  : Banjir ni berlaku tahun 1996. Kalau emak tak salahlah. Ada cerita di sebalik banjir ni.
Saya   : Saya ada dengan juga cerita tu. Pasal cerita orang tua minta air kan mak?
Emak  : A'ah. Ada seorang lelaki tua, dia pergi ke sebuah rumah untuk meminta air minum. Tetapi, tuan punya rumah tu tidak memberi air minum kepada lelaki tua dan menghalaunya pergi dari rumah tersebut. Lelaki tua tadi pun menyumpah tuan rumah itu dengan berdoa  semoga tempat ni diberikan air yang banyak. Selepas itu, berlakulah banjir teruk di tempat tu.
Saya   : Oh, begitu..
Emak  : Itulah nak. Lain kali jangan kedekut dengan orang. Kalau ada sesiapa yang pergi ke rumah kita dan minta sesuatu seperti minuman dan makanan, jangan kedekut. Bantu dia.


Setelah emak saya berkata begitu dan menceritakan hal tersebut, saya berfikir adakah cerita tersebut nyata atau sebaliknya? Sesuatu yang berlaku itu mesti ada sebab dan akibat. Saya juga telah menanam nasihat emak saya itu dalam hati dan akan akan menghormati orang yang lebih tua daripada saya dan menolong orang lain semampu saya. 


Berdasarkan cerita di atas, hal ini sangat berkait rapat dengan cerita-cerita rakyat terdahulu yang sentiasa mengandungi iktibar dan pengajaran untuk rakyat. Antara cerita rakyat yang terkenal ialah cerita malin kundang, cerita pak kaduk, cerita sang kancil dan buaya dala lain-lain lagi. Cerita-cerita ini telah kita dengari sejak kecil lagi untuk iktibar pendengar. Walaupun sekadar cerita tetapi apa yang paling penting adalah untuk mengambil pengajaran daripada cerita tersebut. Begitu juga dengan peristiwa Tragedi Gregg 1996, walaupun mempunyai cerita disebaliknya yang mungkin betul dan mungkin tidak tetapi masyarakat hendaklah mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut.


*Tangkai jering bukan amalan kita tetapi kaya hati akan sentiasa jadi amalan kita.







No comments:

Post a Comment