Assalamualaikum dan selamat sejahtera…
Pada hari Sabtu lalu, saya dan rakan-rakan yang lain telah bergotong-royong di kawasan Rumah Rehat Tanjong Malim. Kewujudannya saya baharu
sedari walaupun hampir tiga tahun saya berada di Tanjong Malim. Rumah Rehat
tersebut telah digerakkan oleh persatuan bukan kerajaan (NGO) iaitu
PRiSMA. Pertubuhan ini menjalankan aktiviti-aktiviti untuk ibu tunggal, warga
emas dan lain-lain lagi. Kami telah ditugaskan untuk bergotong-royong membersihkan
kawasan Taman Terapi di kawasan tersebut.
Satu aktiviti yang telah lama saya tidak lakukan. Aktiviti
gotong-royong yang semakin hilang bukan sahaja dalam diri saya malah juga dalam
kalangan masyarakat kita pada zaman moden ini. Perkembangan teknologi yang
semakin canggih turut membawa perubahan pemikiran kita ke arah
kemodenan. Lazimnya, masyarakat kita pada hari ini hanya menumpukan aktiviti
kehidupan masing-masing. Saya akui bahawa kehidupan pelajar seperti saya juga
turut terbawa dengan kehidupan moden tersebut sehinggakan tidak menghiraukan
persekitaran sekeliling. Contohnya, walaupun kita duduk bersama rakan-rakan
yang lain tetapi komunikasi tidak berlaku kerana sibuk dengan telefon bimbit
masing-masing. Di sini kita boleh lihat bahawa kemodenan itu kadang-kadang
membawa kita ke arah yang pasif.
[Cuba mengaktifkan diri dengan aktiviti yang berfaedah.]
No comments:
Post a Comment