Friday 5 April 2013

K.P ATAU K/P



Assalamualaikum dan selamat sejahtera…

Kad pengenalan merupakan merupakan satu dokumen pengenalan diri yang penting. Dokumen penting milik peribadi seperti sijil, passport dan lesen memandu lazimnya mengandungi maklumat pengenalan diri yang sama tercatat dalam kad pengenalan seperti nama dan nombor kad pengenalan. Menurut Kamus Dewan (2005:652) mentakrifkan kad pengenalan sebagai kad yang mengandungi keterangan tertentu mengenai diri seseorang seperti nama, alamat, bangsa dan lain-lain lagi. Oleh itu, kad pengenalan diri ini sangat penting untuk seseorang yang selalunya dicatat atau perlu diisi dalam borang-borang tertentu.

Pada hari ini, saya juga telah mengisi satu borang yang memerlukan kad pengenalan saya yang tertulis K.P iaitu singkatan bagi kad pengenalan. Namun, saya juga pernah mengisi  borang yang tertulis K/P sebagai singkatan kepada kad pengenalan. Persoalannya, adakah penulisan singkatan itu betul dan memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)?

Sehubungan dengan itu, saya telah merujuk Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Bahasa Melayu. Panduan itu merupakan keluaran DBP untuk rujukan pengguna dalam menulis singkatan perkataan. Namun setelah saya merujuk panduan tersebut, singkatan untuk kad pengenalan tidak wujud dalam panduan tersebut. Oleh hal yang demikian, singkatan bagi K.P atau K/P untuk kad pengenalan adalah salah. Antara singkatan yang terdiri daripada frasa yang terdapat dalam panduan tersebut ialah:

(1) salinan kepada         - s.k.
(2) bagi pihak              - b.p.
(3) untuk perhatian      - u.p.
(4) atas nama               - a.n.
(5) tanpa penerbit        - t.p.

No comments:

Post a Comment