Friday 5 April 2013

KATA SENDI "DEKAT"?


Assalamualaikum dan selamat sejahtera….

(1) “Nota itu ada dengan Shelly”.
(2) “Berjuang demi untuk negara”.

Kita sering menggunakan ayat yang secara tidak kita sedari merupakan salah dari aspek tatabahasa seperti dalam ayat di atas. Kita juga sering menggunakan lebih daripada satu kata sendi dalam sesuatu ayat. Contohnya dalam ayat yang kedua, kata sendi demi dan untuk digunakan secara serentak dalam satu ayat manakala dalam ayat pertama pula menggunakan kata sendi yang salah.

Sepatutnya, dalam kata sendi dengan dalam ayat pertama digantikan dengan kata sendi pada manakala dalam ayat kedua pula salah satu kata sendi hendaklah digunakan sama ada “berjuang demi negara” atau “berjuang untuk negara” boleh digunakan dalam ayat tersebut.

Bukan itu sahaja, para remaja juga sering menggunakan “kat” untuk singkatan bagi dekat sebagai kata sendi dalam menuturkan ayat. Contohnya”

(1) “Marilah duduk dekat sini”.
(2) “Dekat mana?”

Sepatutnya, dekat yang berfungsi sebagai kata sendi hendaklah digantikan dengan kata sendi di. Contohnya:

(1) “Marilah duduk di sini”.
(2) “Di mana?”

Seharusnya, penutur hendaklah menggunakan kata sendi yang betul dan tepat. Janganlah kita mengubah peraturan yang sedia ada yang sememangnya betul dengan sewenang-wenangnya.

No comments:

Post a Comment