Friday 5 April 2013

BAHASA SEBAGAI KATA PERANGSANG


Assalamualaikum dan selamat sejahtera…

Pada hari ini, saya akan menjalankan rakaman pengajaran makro di sekolah selama 40 minit. Pelbagai perasaan yang muncul pada ketika itu. Teruja, gemuruh, takut dan sebagainya menjadi satu sebelum melangkah ke kelas untuk mengajar pelajar sebenar. Tidak pernah terbayang semasa sekolah yang saya akan menjadi seorang guru yang sentiasa mendidik dan menyampaikan ilmu-ilmu yang berguna kepada pelajar. Namun pada hari ini, bayangan untuk menjadi seorang guru itu semakin jelas kelihatan. Saya cuba meyakinkan diri saya. “Aku boleh lakukan”. “Aku yakin boleh”.

Kata-kata perangsang sentiasa disebut untuk meyakinkan diri saya. Kata perangsang ini amat penting kerana dapat mambawa kejayaan bukan sahaja untuk diri sendiri malah kepada orang lain. Kata perangsang ini juga sentiasa digunakan oleh ahli sukan. Kata perangsang yang positif daripada jurulatih, keluarga, rakan sepasukan dan penyokong mampu mendorong ahli sukan untuk mencipta kejayaan.

Contohnya, sebelum pertandingan bola sepak bermula, kata-kata yang dapat menaikkan semangat seperti yakin boleh dan kita mesti bermain sebagai satu pasukan. Selain itu, kata perangsang seperti bagus, cubaan yang baik dan cemerlang bukan hanya dapat meningkatkan keupayaan ahli sukanuntuk beraksi malah mereka juga merasakan bahawa pengorbanan mereka dihargai walaupun kalah dalam sesuatu perlawanan. Slogan seperti Malaysia boleh, yakin boleh dan kejor yop kejor bukan sekadar ungkapan tetapi juga ucapan untuk menaikkan semangat dan menanam keyakinan diri yang tinggi dalam hati ahli sukan.

Hal ini jelas menunjukkan bahawa bahasa bukan sahaja digunakan sebagai alat komunikasi tetapi juga sebagai alat untuk merangsang semangat dan keyakinan diri bukan sahaja kepada ahli sukan tetapi juga dapat digunakan oleh penutur yang lain.

No comments:

Post a Comment