Assalamualaikum dan
selamat sejahtera….
(1) “Nota itu ada
dengan Shelly”.
(2) “Berjuang demi
untuk negara”.
Kita sering menggunakan
ayat yang secara tidak kita sedari merupakan salah dari aspek tatabahasa
seperti dalam ayat di atas. Kita juga sering menggunakan lebih daripada satu kata
sendi dalam sesuatu ayat. Contohnya dalam ayat yang kedua, kata sendi demi
dan untuk
digunakan secara serentak dalam satu ayat manakala dalam ayat pertama pula
menggunakan kata sendi yang salah.
Sepatutnya, dalam kata
sendi dengan dalam ayat pertama digantikan dengan kata sendi pada
manakala dalam ayat kedua pula salah satu kata sendi hendaklah digunakan sama
ada “berjuang demi negara” atau “berjuang untuk negara” boleh
digunakan dalam ayat tersebut.
Bukan itu sahaja, para
remaja juga sering menggunakan “kat” untuk singkatan bagi dekat
sebagai kata sendi dalam menuturkan ayat. Contohnya”
(1) “Marilah duduk dekat
sini”.
(2) “Dekat
mana?”
Sepatutnya, dekat
yang berfungsi sebagai kata sendi hendaklah digantikan dengan kata sendi di.
Contohnya:
(1) “Marilah duduk di
sini”.
(2) “Di
mana?”
Seharusnya, penutur
hendaklah menggunakan kata sendi yang betul dan tepat. Janganlah kita mengubah
peraturan yang sedia ada yang sememangnya betul dengan sewenang-wenangnya.